Saturday, February 5, 2011

Cerpen : Kasih Ibu

“Please,dad! No!! Ple…ase!!”, jeritan Adeline bergema dengan kuat sekali.

Namun, jeritannya itu tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Ayahnya yang sedang menghamburkan amarahnya tidak terhenti-henti menamparnya. Adeline sedar, ini semua hasil dari keterlanjurannya hingga mengandungkan anak luar nikahnya. Tetapi, bayi di dalam kandungannya itu tidak berdosa. Adenline sedar ancaman ayahnya mampu membahayakan nyawanya serta kandungannya. Ayahnya berasa sungguh malu terhadap perbuatannya itu hingga tidak sanggup mengaku bahawa dirinya bapa Adeline. Ayahnya juga sanggup menghalaunya tanpa memberi wang untuk Adeline meneruskan hidup.

Adeline menabahkan dirinya. Dia meninggalkan rumah yang telah didiami sejak kecil itu dengan hati yang berat. Namun dia sedar, keadaan sekarang mendesaknya supaya berdiri di atas kaki sendiri demi kandungannya itu. Walaupun dinasihati supaya menggugurkan kandungannya itu kerana Adeline masih muda lagi, tetapi dia tetap mahu melahirkan anak yang tidak berdosa itu. Dia sedar bahawa proses kurang daripada lima minit tersebut yang dimulakan dengan suntikan ke atas serviksnya, diikuti dengan tuib lembut dimasukkan ke dalam uterus yang akan dioperasikan oleh sebuah mesin vakum untuk menghasilkan sedutan bagi menghentikan nyawa dalam kandungannya itu bukanlah sesuatu pilihan yang sanggup dibuatnya walaupun terpaksa dihalau keluar dari rumah. Semuanya tetap menjurus ke satu alasan semata-mata, iaitu kerana kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Kehidupannya perit bermula apabila dia mendiami sebuah bilik yang disewanya di kawasan rumah setinggan. Kawasan tersebut dihuni penagih dadah dan juga pelacur yang sering dilanggan lelaki setiap malam. Perempuan-perempuan tersebut bagaikan tiada maruah diri, lagi disentuh oleh lelaki, lagi seronoklah mereka merasa. Hidupnya bertambah perit apabila Adeline terpaksa bekerja sepanjang hari di tempat berlainan untuk mengumpul duit bagi menyediakan keperluan yang sempurna kepada anak yang akan dilahirkannya.

Setiap pagi sebelum fajar menyinar lagi Adeline akan berbasikal ke sebuah kilang. Adeline akan mula bekerja di sana dari pukul lima pagi hingga lima petang. Kilang tersebut merupakan kilang yang menghasilkan bahan-bahan radioaktif. Adeline terpaksa menyembunyikan hakikat bahawa dia sedang mengandung daripada kilang tersebut kerana hanya kilang itulah yang menawarkan gaji yang agak lumayan kepada pekerjanya. Dalam hati Adeline, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyediakan kehidupan yang lebih sempurna kepada kandungannya itu. Perutnya yang tidak kelihatan besar itu juga membantunya menyembunyikan hal tersebut daripada sesiapa pun di kilang itu.

Namun, Adeline tidak sedar bahawa semakin hari dia bekerja di kilang tersebut, semakin bertambah tahap kegelapan ‘photographic film’ yang ada pada pakaian kerjanya itu. ‘Photographic film’ yang diwajibkan kepada semua pekerja itu bertujuan untuk mengesan kadar radiasi terhadap seseorang itu langsung tidak diberi perhatian daripada Adeline kerana dia yang baru meninggalkan alam persekolahannya beberapa bulan yang lalu tidak mempunyai sebarang ilmu kesan radioaktif yang akan berlaku terhadap manusia. Dia tidak tahu bahawa empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iait alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana radiasi-radiasi tersebut menunjukkan sifat dan kesan berbeza. Radiasi alfa tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas mempunyai daya pengionan yang tinggi sangat sensitive dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru. Radiasi beta pula dapat menembusi badan manusia tetapi tidak dapat menembusi lapisan kertas aluminium. Bagi radiasi gamma pula, radiasi ini juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya. Radiasai alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.

Radiasi tersebut secara tidak langsung telah mengganggu tumbesaran yang sihat kepada bayi dalam kandungannya. Bayinya yang sepatutnya mempunyai sepasang anggota kaki yang sihat mengalami perubahan genetik yang menyebabkan salah satu anggota kakinya tidak membesar seperti biasa. Namun, Adeline yang masih gigih bekerja demi masa depan anaknya itu tidak merasa apa-apa yang berlaku dalam kandungannya itu. Dia juga tidak mampu meluangkan masa untuk menjalani ‘check-up’ di hospital kerana terikat kepada kerjanya.

Setelah penat sehari bekerja di kilang, dia hanya sempat menjamu selera sekadar untuk mengisi perut sebelum bergegas ke tempat kerja seterusnya sebagai pelayang di sebuah restoran makanan laut pada sebelah malamnya. Pengorbanan Adeline ini sungguh mulia kerana dia tidak pernah mengenal jemu mahupun penat walaupun perutnya semakin membesar dari hari ke hari.

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?”, ujar Adeline kepada jururawat yang sedang bertugas. Dia baru sahaja melahirkan anaknya setelah sembilan bulan kandungan itu berada dalam perutnya. Hatinya berdebar-debar untuk melihat bayinya itu.

Tetapi malang tidak berbau. Jururawat menghulurkan bayi yang masih merah itu kepada Adeline. Adeline berasa sungguh terkejut apabila bayi yang dilahirkannya buta sebelah mata, kudung sebelah kaki. Dia merasa seolah-olah kecacatan ini merupakan hukuman yang harus diterimanya akibat kesilapan masa lalu. Dia menerima anaknya dengan hati yang rela dan berazam untuk membesarkan ananknya yang cacat itu dengan penuh kasih dan sayang oleh seorang ibu. Hal ini kerana, Adeline ingin memastikan bahawa anaknya akan membesar menjadi insan yang berjaya kelak.

Adeline menatap wajah bayinya yang masih merah itu tanpa menghiraukan titisan peluh yang masih penuh di mukanya kerana menggunakan banyak tenaga bagi melahirkan kandungannya itu. Dia senyum melihat wajah bayinya yang telah berada dalam perutnya selama sembilan bulan itu.

Dalam hatinya, Adeline berbisik “Jangan risau sayang, ibu akan memastikan kehidupan yang sempurna bagimu walau apa pun yang akan berlaku kelak, ibu berjanji”.

Kini, David sudah berusia 21 tahun. Dia menjalani kehidupannya seperti biasa walaupun kecacatan yang dialaminya dulu pernah mempengaruhi masa silamnya. David duduk termenung di kerusi pejabatnya sambil teringat peristiwa yang telah berlaku padanya semasa kecil. Perasaan cemburu melihat kanak-kanak lain yang sebayanya menjalani hidup dengan normal masih lagi segar dalam ingatannya. Tidak seperti dia yang hanya mempunyai satu mata dan sebelah kaki yang sempurnya. Dia sentiasa diejek dan dicaci oleh orang lain. Dalam hati kecilnya itu, David ingin sekali mengetahui mengapa dia dilahirkan buta dan kudung.

“Adakah kesilapan ibu yang menyebabkan aku jadi begini?”, bisiknya.

David pulang ke rumah diselubungi seribu satu persoalan mengapa dia dilahirkan begini? Siapa bapa kandungnya? Mengapakah dia tidak pernah mempunyai kesempatan memiliki sebuah keluarga bahagia? Dia benar-benar ingin tahu jawapan bagi persoalannya lalu dia mendapatkan ibunya yang sedang memasak di dapur.

“Ibu, mengapakah saya dilahirkan begini? Saya berasa malu terhadap diri saya kerana tidak sempurna dan tidak mempunyai seorang ayah. Mengapakah sehingga hari ini ayah tidak pernah datang menjenguk kita?”, soal David.

Setelah didesak dan ditekan beberapa kali, Adeline masih lagi berdiam diri. Dia tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menjawab persoalan anaknya itu. David semakin hilang sabar. Dia berkeputusan untuk keluar daripada rumah.

Adeline dalam dilemma. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahu perkara yang sebenar atau membiarkan anaknya pergi meninggalkannya. Tidak!!! Dia tidak sanggup unutk ditinggalkan anaknya setelah semua pengorbanannya selama ini. Dia lekas menggenggam tangan anaknya di muka pintu dan berkata,

“Memang semuanya salah ibu. Kau dilahirkan begini disebabkan oleh kesilapan masa lalu ibu. Ibu menyesal kerana terlalu mengikut hawa nafsu sehingga terlanjur pada suatu malam ketika baru sahaja mengakhirkan zaman persekolahan ibu. Ibu menyesal. Ibu dibuang keluarga. Namun, ibu tetap tidak mahu menggugurkan David kerana ibu sayang akan darah daging ibu!! Maafkan ibu, David”.

David masih tidak faham. Dia membiarkan ibunya terus berbicara.

“Semuanya kerana ibu sayangkan kau. Ibu tidak tipu. Ibu tak sanggup membunuh kau dalam kandungan ibu. Biarlah ibu mati daripada membiarkan hidup kau terseksa. Semasa melahirkan kau dan melihat kecacatan yang ada pada kandungan ibu, kau tidak dapat memahami betapa hampa dan sedih perasaan ibu kerana Tuhan telah membalas dosa ibu ke atas bayi ibu sendiri. Ibu tahu, ini semua balasan kesilapan ibu pada malam tersebut. Ibu tidak sanggup membiarkan kau di hospital begitu sahaja kerana ibu mahu menjadi seorang yang bertanggungjawab. Pagi malam ibu bekerja. Namun, kesilapan terbesar ibu adalah bekerja di kilang yang menghasilkan bahan radioaktif semata-mata ingin mendapatkan duit yang lebih untuk menyediakan kehidupan yang lebih sempurna bagi kau setelah kelahiran. Ibu tidak sedar bahawa bahan radioaktif telah mengubah genetik kau sehingga kau jadi begini. Ibu minta maaf, David”, kata Adeline dengan air mata yang mengalir tanpa henti.

David menyesal kerana telah berprasangka buruk terhadap ibunya sendiri. Mereka berpelukan dan David dapat merasakan kehangatan kasih sayang ibunya terhadap dirinya. Semenjak itu, David menganggap ibunya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya kerana tanpa Adeline, siapalah dirinya.

Thursday, January 13, 2011

Kesan Radioaktif Kepada Manusia

LOGO bentuk bilah kipas berlatar belakang warna kuning dan gambar api yang tertera pada belakang lori membawa muatan bahan kimia cecair memberi amaran kepada kita bahawa ia adalah bahan berbahaya.

Setiap kali ternampak objek ini, terlintas di fikiran kemungkinan berlaku letupan dahsyat sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kenderaan berkenaan terbabit dalam kemalangan.

Uranium Information Centre Limited (UIC), organisasi yang membekalkan panduan mengenai bahan radioaktif dalam rencananya menyebut, bahan radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Contohnya kalium (K), dari K40 ke K39 (kedua-duanya adalah isotop). Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa. Contohnya, K39 adalah mineral yang diperlukan badan sedangkan K40 pula adalah bahan radioaktif.

Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:

1. Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.

2. Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.

3. Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.

4. Radiasi neutron - Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.

Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.

Berdasarkan panduan UIC Limited, sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).

Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya.

Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat.

Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.

Menurut John R. Cooper di dalam bukunya; Radioactive Releases in the Environment : Impact and Assessment, beberapa industri moden terutama yang membabitkan penghasilan tenaga dan perubatan, mempunyai potensi pembebasan sisa bahan radioaktif ke persekitaran yang sangat tinggi berbanding industri lain.

Keadaan ini mengambil kira faktor produk yang kebanyakannya perlu melalui proses radiasi selain sifat semula jadi bahan utama yang membahayakan. Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal.

Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama.

Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka.

Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna. Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya.

Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.

Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.

Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950.

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.

Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.

Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.

Itai adalah perkataan Jepun yang bermaksud sakit, digunakan untuk menamakan penyakit ganjil ini kerana pesakitnya sering menyebut perkataan ini bagi menggambarkan kesengsaraan mereka.

Bukan itu saja, penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut.

Penyakit Minamata dikesan pada Mei 1956 di sebuah bandar yang terletak di pantai barat bahagian selatan Pulau Kyushu, Jepun. Bermula dari empat orang yang menunjukkan simptom Minamata yang berakhir dengan kematian. Simptom yang sama turut meragut nyawa tiga belas orang nelayan di pulau berkenaan.

Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik dari Universiti Kumamoto mengunjungi daerah berkenaan untuk menyelidik dan mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan.

Hal ini adalah tanggungjawab syarikat Chisso Corporation yang menghasilkan produk seperti ethanal dan plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC).

Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya. Memburukkan keadaan, masyarakat di situ amat bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan dan punca pendapatan.

Sisa bahan radioaktif perlu dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar untuk banyak tujuan terutama menjaga kesihatan dan pengekalan sistem alam sekitar.

Ini termasuklah pengendalian di dalam makmal. Mengendalikan bahan radioaktif perlulah dilakukan dengan hati-hati dan cermat. Pastikan segala arahan dan panduan yang disediakan dipatuhi kerana sebarang keengkaran dan kecuaian akan membawa padah.

Panduan disediakan Occupational Safety and Health, University of Delaware menegaskan, bahan radioaktif yang ingin digunakan perlulah dikendalikan di kawasan yang ditetapkan selepas diluluskan Pegawai Keselamatan Radiasi.

Makmal juga perlu diklasifikasikan mengikut jenis dan tujuan bahan yang digunakan. Peralatan yang digunakan juga perlu di pantau dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran dan sebarang kerosakan yang mungkin berlaku.

Selain itu, pengendali bahan radioaktif perlu melengkapkan diri dengan peralatan tertentu seperti penghadang, sarung tangan dan peralatan amaran bagi mengelakkan kemungkinan radiasi.

Begitu juga dengan sisa radioaktif perlu dikumpulkan dalam bekas yang ditetapkan sebelum dihantar untuk menjalani rawatan sisa oleh badan yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum meninggalkan makmal bahan radioaktif. Bak kata pepatah, cegah sebelum parah.

Saturday, January 1, 2011

Korea Utara mampu hasilkan bom nuklear dalam masa setahun

TOKYO: Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, William Perry berkata Korea Utara mampu menghasilkan satu membuat bom nuklear dalam masa setahun dan mahu Washington mengadakan perbincangan peringkat tertinggi bagi menangani isu itu.

Dalam satu temubual yang diterbitkan hari ini, Perry yang pernah berkhidmat dengan Presiden Bill Clinton, memberitahu akhbar harian Nikkei bahawa kerajaan Amerika perlu mengkaji semula dasarnya mengenai Korea Utara dan melaksanakan sekatan ekonom bagi memberi tekanan terhadap program nuklear Pyongyang.

Dalam masa sama, katanya Washington perlu mengadakan dasar yang selaras dengan Seoul dan Tokyo sebelum menghantar wakil khas bagi berbincang dengan Pyongyang.
Perry mengesyorkan, bekas Setiausaha Negara, Madeleine Albright dan bekas Senator Sam Nunn dan seorang pakar nuklear dan senjata menjadi calon untuk mengadakan rundingan dengan Korea Utara.

"Jika Korea Utara bercadang menggunakan semua kekayaan sumber uranium dan kemudahan pembuatan nuklear, mereka mampu keluarkan satu bom nuklear setiap tahun," katanya.

Perry berkata, beliau diberikan taklimat mengenai perkara itu oleh seorang saintis Amerika, Siegfried Hecker, yang baru-baru ini berpeluang melihat sendiri loji pengeluaran baru uranium Korea Utara di Kompleks Yongbyon.

Loji itu dibangunkan untuk mengeluarkan tenaga bagi reaktor awam dan bukannya untuk kegunaan pembuatan bom. - AFP

Sains Nuklear

Bidang sains mempunyai banyak cabang dan pengkhu­susannya. Salah satu bidang sains

yang penting kepada kehidupan kita ialah sains nuklear. Sains nuklear bukanlah bidang

yang hanya menumpukan kepada penciptaan bahan letupan seperti bom atom atau bahan

api nuklear sahaja.

Sebenarnya, sains nuklear merupakan bahagian ilmu pengetahuan tentang kajian untuk

memanfaatkan sinaran yang terbit dan nukleus radioaktif dan juga sinaran lain seperti

sinar-x dan alun elektron.

Sains dan teknologi nuklear merupakan bidang baru mempunyai peranan penting dalam

industni. Bidang merangkumi immu pengetahuan yang luas dan mempunyai percantuman

dengan bidang-bidang kejuruteraan dan sains gunaan.

Pendidikan sains nuklear membeni tumpuan aspek-aspek teknologi dan gunaan di

samping memperkukuhkan ilmu sains tulen. Ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar

dengan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-

bidang perubatan, industni, tekriologi, alam sekitar dan sains asas.

Bagi membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari, program latihan industri diatur untuk setiap pelajar semasa cuti semester di sektor industri yang berkaitan, institusi penyelidikan dan hospital.

Pelajar-pelajar lulusan program ini juga boleh terus menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Latihan Vokasionial Kebangsaan dalam bidang Radiografi dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk bidang pegawai perlindungan sinaran.

Program ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan tenaga profesional

bagi memenuhi keperluan pembangunan industni negara yang pesat berkembang.

Semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus berkaitan fizik, kimia,

biologi dan kejuruteraan seperti asas sains nuklear, biologi sinaran, kimia analisis,

mekanik, pengesanan sinaran, fizik nuklear, radiokimia, kepada radiobiologi, fizik atom,

fizik kesihatan, keselamatan industni, bukanlah elektronik nuklear, teknologi reaktor dan

kaedah radio-an bahan surihan.

Pembelajanan dan penyelidikan juga merangkumi cara pengesanan dan penlindungan

sinaran serta bidang per­ubatan nuklear seperti terapi dan diagnosis.

Daripada segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak meng­hadapi masalah untuk

mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di

sektor awam atau swasta. Di antara jawatan yang boleh disandang termasuk jurutera

kawalan mutu, penyelidik, pegawai di bidang Ian sains pengawalan alam sekitar,

perunding, pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) serta pegawai di

syarikat-syarikat perindustrian.

Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioakif, radiografi,

perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati profesion ini

(ii) Mempunyai pengetahuan di bidang sains dan mate­matik

(iii) Suka kepada kerja-kerja penyelidikan

(iv) Sanggup bertugas di makmal

(v) Dapat bekerja secara berkumpulan

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Pelajar yang berminat menceburi bidang ini sebagai kerjaya pilihan perlu lulus Ijazah Sarjana Muda Sains (sains nuklear) dan UKM atau dan universiti-universiti luar negara yang diiktiraf kerajaan.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Ketika ini UKM adalah satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda. Sementara beberapa universiti luar negara seperti di United Kingdom, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat juga me­nawarkan kursus ini.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:

Cara pertama: Pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan mendapat kepujian bahasa Melayu serta mata pelajaran matematik dan sains yang lain. Pelajar akan ditawarkan mengikuti program matrikulasi sains selama satu setengah tahun sebelum ditawarkan mengikuti program sains nuklear di Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, UKM.

Cara kedua: Untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda di UKM calon perlu lulus pe­periksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat pninsipal mata pelajaran pengajian am serta lulus prinsipal sekurang-kurangnya dua mata pelajanan sains. Pelajar juga perlu lulus kepujian bahasa Melayu di peringkat SPM.

Cara ketiga: Calon-calon yang mempunyai diploma/sijil dalam bidang sains dan institusi-institusi pengajian yang diiktiraf juga boleh memohon melanjutkan pengajian di bidang ini di UKM.

Cara keempat: Calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja di bidang yang berkaitan juga boleh memohon mengikuti bidang ini di UKM.

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (bahasa Inggeris: Nuclear Non-Proliferation Treaty atau NPT) adalah persefahamanterbuka yang ditandatangani pada 1 Julai 1968 untuk menghadkan pemilikan senjata nuklear. Sebahagian besar negara-negara berdaulat (189 buah negara) merupakan ahli kepada persefahaman ini. Bagaimanapun dua daripada tujuh kuasa nuklear dan kemungkinannya satu kuasa nuklear tidak mengesahkan persefahaman ini. Persefahaman ini telah dicadangkan oleh Ireland danFinland, kedua negara ini juga merupakan negara pertama yang menandatanganinya. Pada 11 Mei 1995, bertempat di New Yorklebih daripada 170 buah telah negara memutuskan untuk menyambung persefahaman tersebut tanpa had dan syarat.

Persefahaman ini boleh diringkaskan kepada tiga tunggak iaitu:

  • Tiada pengembangan (nonproliferation),
  • Pelucutan senjata, dan
  • Hak untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan damai.

Tunggak persefahaman

Tunggak pertama: tiada pengembangan (non-proliferation)

Lima negara dibenarkan oleh NPT untuk memiliki senjata nuklear: Amerika Syarikat (tanda tangan 1968), United Kingdom (1968), Perancis (1992), Kesatuan Soviet (1968; kini Rusia), dan Republik Rakyat China (1992). Ini adalah negara yang memiliki senjata sedemikian pada masa tersebut, dan juga merupakan lima ahli tetap kepada Majlis Keselamatan PBB. Kelima-lima Negara Senjata Nuklear (Nuclear Weapons States) (NWS) bersetuju untuk tidak memindahkan teknologi senjata nuklear kepada negara lain, dan negara bukan ahli-NWS bersetuju untuk tidak memajukan senjata nuklear.

5 pihak NWS telah membuat persetujuan untuk tidak menggunakan senjata nuklear mereka terhadap ahli bukan NWS kecuali sebagai tindak balas kepada serangan nuklear, atau satu serangan biasa dengan perikatan bersama sebuah Negara Senjata Nuklear. Bagaimanapun, persetujuan ini tidak pernah dimasukkan secara rasmi ke dalam perjanjian, dan butir tepat telah berubah-ubah sepanjang masa. Amerika Syarikat, umpamanya, telah menunjukkan yang ia boleh menggunakan senjata nuklear sebagai tindak balas kepada "senjata pemusnahan meluas" serangan bukan nuklear, seperti senjata biologi atau kimia, kerana Amerika Syarikat juga tidak boleh menggunakan keduanya sebagai tindakan balas. Bekas Setiausaha Negara Pertahanan United Kingdom, Geoff Hoon, juga menunjukkan dengan jelas kemungkinan penggunaan senjata nuklear negaranya sebagai tindak balas kepada serangan tidak konvensional oleh "negara-negara penyangak".


Tunggak kedua: pelucutan senjata

Perkara VI dan mukadimah menunjukkan bahawa ahli NWS bergerak secara berterusan bagi mengurangkan dan memusnahkan stok simpanan mereka. Selepas lebih 30 tahun, ini masih kekal sebagai satu janji. Dalam Perkara I, NWS mengisytiharkan untuk tidak "mendorong mana-mana negara bukan senjata nuklear untuk ... memperolehi senjata-senjata nuklear." Satu doktrin serangan awal (pre-emptive-strike) atau sebaliknya kedudukan mengancam boleh di anggap sebagai perangsang kepada bukan ahli NWS. Perkara X menyatakan bahawa mana-mana negara itu boleh keluar daripada perjanjian tersebut sekiranya mereka merasakan bahawa "keadaan luar biasa", sebagai contoh yang dilihat sebagai ancaman, memaksa mereka melakukannya.


Tunggak ketiga: Hak bagi menggunakan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan

Oleh kerana sangat sedikit negara nuklear dan negara yang menggunakan reaktor nuklear bagi menghasilkan tenaga bersedia untuk meninggalkan sama sekali permilikan bahan api nuklear, tunggak ke tiga NPT membenarkan negara lain dengan kemungkinan melakukan perkara yang sama, tetapi di bawah keadaan yang bertujuan untuk menyukarkan pembangunkan senjata nuklear.

Bagi sesetengah negara, tunggak ke tiga NPT ini, yang membenarkan pengayaan uranium bagi tujuan bahan api, merupakan satu kelemahan utama. Bagaimanapun perjanjian ini memberikan setiap negara hak yang tidak dapat dinafikan bagi menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan, dan oleh kerana rekabentuk stesyen reaktor tenaga kuasa nuklear air ringan yang popular secara perdagangan menggunakan bahan api uranium yang diperkayakan, ia mendorong bahawa negara tersebut perlu dibenarkan memperkayakan uranium atau membelinya di pasaran antarabangsa. Pengayaan uranium secara aman boleh dipertikaikan kerana ia amat hampir dengan pembangunan kepala peledak nuklear, dan ini boleh dilakukan dengan menarik diri daripada NPT. Tiada negara telah berjaya membina senjata nuklear secara rahsia ketika di bawah pemeriksaan ketat NPT.

Negara yang telah menandatangani perjanjian sebagai Negara Bukan Senjata Nuklear dan mengekalkan keadaan tersebut telah mempunyai rekod bersih tidak membina senjata nuklear. Di sesetengah kawasan, fakta bahawa kesemua negara jiran disahkan bebas senjata nuklear mengurangkan tekanan setiap negara yang mungkin merasakan perlu bagi mereka membina senjata ini, walaupun sekiranya nagara jiran diketahui mempunyai program tenaga nuklear aman yang sekiranya tidak berkemungkinan disyaki. Dari segi ini, perjanjian ini berjaya sebagaimana matlamatnya.

Mohamed ElBaradei, Ketua Agensi Tenaga Atom Antara Bangsa (International Atomic Energy Agency) (IAEA), badan penyelaras (regulatory ) nuklear PBB, telah menyatakan bahawa sekiranya mereka mahu, 40 negara mampu membangunkan bom nuklear. Pilihan lain kepada tunggak ketiga adalah memerlukan kesemua negara, termasuk ahli NWS, bukan hanya setakat melucutkan senjata, tetapi turut menutup kitaran bahan api nuklear sepenuhnya.


SEJARAH

Perjanjian ini mula sekali dianjurkan Ireland, dan dibuka bagi tanda tangan pada 1968, Finland yang pertama menandatanganinya. Menjelang 1992 kesemua lima kuasa nuklear yang diistiharkan pada masa itu telah menandatangani perjanjian tersebut, dan perjanjian itu diperbaharui pada tahun 1995 (dan diikuti pula oleh Perjanjian Melarang Ujian Lengkap (Comprehensive Test Ban Treaty) pada 1996). Beberapa penanda tangan NPT telah melupuskan senjata nuklear atau program senjata nuklear. Afrika Selatan memulakan program senjata nuklear, dituduh dengan bantuan Israel, dan mungkin telah melakukan ujuan kecil di Atlantik, tetapi sejak itu telah membatalkan program nuklearnya dan menandatangani perjanjian tersebut pada tahun 1991 selepas memusnahkan simpanan nuklearnya yang kecil. Ukraine dan beberapa bekas Republik Soviet memusnahkan atau memindahkan ke Russiasenjata nuklear yang diwarisi daripada Kesatuan Soviet.


Perkongsian senjata nuklear oleh Amerika Syarikat-NATO

Pada masa perjanjian dirundingkan, NATO telah mempunyai perjanjian perkongsian senjata nuklear rahsia dimana Amerika Syarikat membekalkan senjata nuklear untuk dilengkapkan, dan disimpan, dalam negara NATO lain. Ini kelihatannya sebagai tindakan mengembang senjata nuklear dan menyalahi Perkara I dan II perjanjian. NATO menyatakan secara dalaman bahawa Amerika Syarikat yang mengawal senjata dalam simpanan, dan tiada perpindahan senjata atau kawalan diberikan "kecuali dan sehingga keputusan dilakukan untuk berperang, dan pada mana perjanjian tidak lagi berkuat kuasa", dengan itu tiada perlanggaran NPT berlaku. Perjanjian ini dimaklumkan kepada beberapa negara, termasuk Kesatuan Soviet, yang merundingkan perjanjian. Tetapi kebanyakan negara yang menandatangani NPT pada 1968 tidak mengetahui mengenai perjanjian ini dan pemahaman pada masa itu.

Sehingga 2005 Amerika Syarikat masih membekalkan 180 bom nuklear taktikal B61 untuk kegunaan Belgium, Jerman, Itali, Belanda, dan Turki dibawah perjanjian NATO. Kebanyakan negara, dan Pergerakan Tidak-Sejajar (Non-Aligned Movement), kini mendakwa bahawa ini melanggar Perkara I dan II perjanjian tersebut, dan sedang mengenakan tekanan diplomatik bagi membatalkan perjanjian ini. Mereka menimbulkan bahawa juruterbang dan kakitangan lain bagi negara NATO "bukan-nuklear" yang berlatih mengendalikan bom nuklear AS., dan kapal terbang perang bukan U.S. yang telah diubah suai bagi menghantar bom nuklear AS. yang memerlukan pembabitan peralihan sebahagian maklumat teknologi teknikal bom nuklear.

Walaupun pendapat NATO bahawa ia dianggap sah disisi undang-undang, operasi waktu aman sebegitu melanggar kedua-dua matlamat dan semangat NPT. NATO percaya bahawa "kuasa nuklear terus memainkan peranan penting dalam menghalang peperangan, tetapi peranan mereka kini adalah lebih berdasarkan kepada politik."


India, Pakistan, Israel

Tiga negara - India, Pakistan, dan Israel - enggan menandatangani perjanjian tersebut. India dan Pakistan disahkan kuasa nuklear, dan Israel dipercayai secara meluas memiliki senjata nuklear, walaupun ia tidak diketahui menjalani ujian (lihat Daftar negara dengan senjata nuklear). Negara ini mendakwa bahawa NPT mencipta kelab "ada nuklear" dan sekumpulan lebih besar "tiada nuklear" dengan menghadkan permilikan sah senjata nuklear bagi negara yang mengujinya sebelum 1967, tetapi perjanjian tersebut tidak pernah menjelaskan di atas asas perbezaan sedemikian adalah sah.

India dan Pakistan telah mengumumkan kepada umum pemilikan senjata nuklear dan telah meletupkan peranti nuklear dalam ujian, India melakukannya dahulu pada 1974 dan Pakistan menurut kemudian pada 1998. India difahamkan memiliki bahan boleh belah lebih daripada 150 kepala peledak bagi India dan 80-120 bagi Pakistan. Israel telah memajukan senjata nuklear di tapak Dimona di Negev semenjak 1958, dan dipercayai telah memiliki stok imbalan antara 100 hingga 200 kepala peledak. Kerajaan Israeli enggan mengesah atau menafikan dakwaan ini, walaupun ini dianggap rahsia terbuka selepas pakar sains nuklear Israel Mordechai Vanunu membongkar program tersebut kepada Sunday Times British pada 1986.


Korea Utara

Korea Utara mengesahkan perjanjian, tetapi membatalkan tanda tangannya pada 2003 selepas pertikaian dengan pemeriksa mengenai pemeriksaan kemudahan nuklear yang tidak di isytiharkan. Pada Ogos 2004, menurut pengarang New York Times, pegawai perisikan Amerika Syarikat dan pakar bukan kerajaan memutuskan bahawa usaha mencegah pertambahan senjata nuklear di Iran dan Korea Utara telah gagal memperlahankan program pembangunan senjata mereka. [2] (registration required)

Pada 10 Februari 2005, Korea Utara mengistiharkan secara terang-terangan bahawa ia mempunyai senjata nuklear dan menarik diri daripada perundingan enam pihak yang dihoskan oleh China untuk mencari penyelesaian diplomatik kepada isu tersebut. "Kami telah mengambil tindakan nekad dengan menarik diri daripada Perjanjian Tidak Meningkatkan Nuklear (Nuclear Non-proliferation Treaty) dan telah menghasilkan senjata nuklear bagi pertahanan diri bagi mengimbangi polisi tersembunyi pentadbiran Bush yang sentiasa cuba mengasing dan menekan DPRK," perutusan Menteri Luar Negara Korea Utara berkenaan isu tersebut. Perundingan enam pihak disambung pada Julai 2005, tetapi berehat pada 7 Ogos tanpa perkembangan baru. Pihak tersebut menyambung perundingan pada 29 Ogos.

Pada 19 September 2005, Korea Utara mengistiharkan bahawa ia bersetuju pada persetujuan awal. Di bawah persetujuan tersebut, Korea Utara akan melupuskan kesemua senjata nuklear dan kemudahan nuklear yang ada, menyertai semula NPT, dan menerima kembali pemeriksa IAEA. Isu rumit berkenaan belak reaktor air ringan bagi menggantikan program jana kuasa nuklear buatan tempatan Korea Utara, sebagaimana Kerangka Persetujuan 1994, dibiarkan tergantung bagi perbincangan masa hadapan. Pada hari berikutnya Korea Utara menekankan pandangannya yang diketahui bahawa sehingga ia dibekalkan dengan reaktor air ringan ia tidak akan melupuskan senjata nuklearnya atau menyertai NPT semula.


Iran

Rencana utama: Program nuklear Iran Iran telah menandatangani NPT, tetapi sehingga 2004 disyaki oleh Amerika Syarikat sebagai melanggar perjanjian melalui program aktif bagi memajukan senjata nuklear. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa sedang menyiasat. Iran menyatakan bahawa ia hanya ingin membangunkan jana kuasa nuklear.

Sesetengah pihak menegaskan bahawa simpanan gas dan minyak Iran yang banyak meragukan daya maju ekonomi kuasa nuklear awam semata-mata. Bagaimanapun teori ekonomi moden pula menyatakan bahawa pertimbangan yang berkaitan adalah "kos peluang" minyak. Hujahnya adalah dengan membakar minyak secara dalaman, Iran perlu melupakan peluang pendapatan yang boleh didapati hasil dari jualan minyak. Dengan analisis ini, Iran pada asasnya berhadapan dengan pilihan yang sama dalam membuat keputusan penggunaan minyaknya sebagai seorang pengimport minyak.


Keluar Dari Perjanjian

Fasal sepuluh NPT membenarkan sesebuah negara keluar dari perjanjian tersebut sekiranya "kejadian luar biasa, berkaitan dengan fasal perjanjian ini, yang telah mengancam kepentingan utama negara tersebut". Untuk meninggalkan perjanjian sesebuah negara mesti memberikan tiga bulan notis kepada semua negara ahli kepada perjanjian dan kepada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Negara tersebut perlu memberikan sebab bagi meninggalkan NPT dalam notis tersebut.

Negara NATO menegaskan bahawa apabila sesebuah negara memutuskan untuk berperang, perjanjian ini tidak lagi berkuat kuasa; dengan itu negara itu keluar daripada perjanjian tanpa notis. Ini merupakan alasan yang diperlukan bagi menyokong polisi perkongsian senjata nuklear NATO, tetapi yang merungsingkan bagi logik perjanjian tersebut.


Masa Depan

Dengan termasuknya kegunaan tenaga nuklear awam dalam NPT pada Julai 2005 menerusi Kerjasama Asia-Pasifik Pembangunan dan Persekitaran Bersih telah mencetuskan sensitif politik. Akibatnya India yang telah melancarkan ujian bom atomnya yang pertama pada 1998, enggan menandatangani perjanjian tersebut. Sebelum pengumuman Kerjasama ini pada 18 Julai 2005, Presiden AS iaitu George W. Bush telah bertemu dengan rakan sejawatannya di India Perdana Menteri Manmohan Singh dan mengisyhtiharkan bahawa beliau akan berusaha untuk meminda undang-undang AS serta peraturan antarabangsa untuk membenarkan perdagangan teknologi nuklear awam antara AS dengan India. [5] Ironisnya, AS telah cuba menghalang Iran (sebuah anggota NPT) dari meneruskan teknologi nuklear awamnya. Sikap dua muka ini, bakal menghancurkan integriti NPT di arena antarabangsa.

Setiap lima tahun, suatu konferen kajian semula akan diadakan keatas perjanjian tersebut. Sewaktu Konferen Kajian Semula ke-7 pada Mei 2005, terdapat perbezaan ketara antaraAmerika Syarikat, yang mahukan konferen menumpukan kepada peningkatan nuklear (terutamanya dakwaan terhadap Iran) dengan kebanyakan negara anggota lain, yang bimbang dengan kurang seriusnya negara kuasa nuklear dalam pelucutan senjata nuklear dalam negara masing-masing. Negara-negara anggota NAM telah menyatakan kedudukan merekabahawa perkongsian nuklear di NATO telah melanggar perjanjian NPT.


Negara-Negara Anggota

Nota:

  1. Republik China (Taiwan) pada asalnya telah menandatangani perjanjian NPT, tetapi telah dipecat daripada PBB pada tahun 1971. Walaupun PBB tidak lagi mengiktiraf Taiwan, Taiwan telah menyatakan pendirian mereka akan terus patuh kepada perjanjian ini.
  2. melalui Kesatuan Soviet.
  3. melalui Yugoslavia.
  4. melalui Republik Arab Yemen dan Republik Demokratik Rakyat Yemen.