Saturday, February 5, 2011

Cerpen : Kasih Ibu

“Please,dad! No!! Ple…ase!!”, jeritan Adeline bergema dengan kuat sekali.

Namun, jeritannya itu tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Ayahnya yang sedang menghamburkan amarahnya tidak terhenti-henti menamparnya. Adeline sedar, ini semua hasil dari keterlanjurannya hingga mengandungkan anak luar nikahnya. Tetapi, bayi di dalam kandungannya itu tidak berdosa. Adenline sedar ancaman ayahnya mampu membahayakan nyawanya serta kandungannya. Ayahnya berasa sungguh malu terhadap perbuatannya itu hingga tidak sanggup mengaku bahawa dirinya bapa Adeline. Ayahnya juga sanggup menghalaunya tanpa memberi wang untuk Adeline meneruskan hidup.

Adeline menabahkan dirinya. Dia meninggalkan rumah yang telah didiami sejak kecil itu dengan hati yang berat. Namun dia sedar, keadaan sekarang mendesaknya supaya berdiri di atas kaki sendiri demi kandungannya itu. Walaupun dinasihati supaya menggugurkan kandungannya itu kerana Adeline masih muda lagi, tetapi dia tetap mahu melahirkan anak yang tidak berdosa itu. Dia sedar bahawa proses kurang daripada lima minit tersebut yang dimulakan dengan suntikan ke atas serviksnya, diikuti dengan tuib lembut dimasukkan ke dalam uterus yang akan dioperasikan oleh sebuah mesin vakum untuk menghasilkan sedutan bagi menghentikan nyawa dalam kandungannya itu bukanlah sesuatu pilihan yang sanggup dibuatnya walaupun terpaksa dihalau keluar dari rumah. Semuanya tetap menjurus ke satu alasan semata-mata, iaitu kerana kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Kehidupannya perit bermula apabila dia mendiami sebuah bilik yang disewanya di kawasan rumah setinggan. Kawasan tersebut dihuni penagih dadah dan juga pelacur yang sering dilanggan lelaki setiap malam. Perempuan-perempuan tersebut bagaikan tiada maruah diri, lagi disentuh oleh lelaki, lagi seronoklah mereka merasa. Hidupnya bertambah perit apabila Adeline terpaksa bekerja sepanjang hari di tempat berlainan untuk mengumpul duit bagi menyediakan keperluan yang sempurna kepada anak yang akan dilahirkannya.

Setiap pagi sebelum fajar menyinar lagi Adeline akan berbasikal ke sebuah kilang. Adeline akan mula bekerja di sana dari pukul lima pagi hingga lima petang. Kilang tersebut merupakan kilang yang menghasilkan bahan-bahan radioaktif. Adeline terpaksa menyembunyikan hakikat bahawa dia sedang mengandung daripada kilang tersebut kerana hanya kilang itulah yang menawarkan gaji yang agak lumayan kepada pekerjanya. Dalam hati Adeline, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyediakan kehidupan yang lebih sempurna kepada kandungannya itu. Perutnya yang tidak kelihatan besar itu juga membantunya menyembunyikan hal tersebut daripada sesiapa pun di kilang itu.

Namun, Adeline tidak sedar bahawa semakin hari dia bekerja di kilang tersebut, semakin bertambah tahap kegelapan ‘photographic film’ yang ada pada pakaian kerjanya itu. ‘Photographic film’ yang diwajibkan kepada semua pekerja itu bertujuan untuk mengesan kadar radiasi terhadap seseorang itu langsung tidak diberi perhatian daripada Adeline kerana dia yang baru meninggalkan alam persekolahannya beberapa bulan yang lalu tidak mempunyai sebarang ilmu kesan radioaktif yang akan berlaku terhadap manusia. Dia tidak tahu bahawa empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iait alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana radiasi-radiasi tersebut menunjukkan sifat dan kesan berbeza. Radiasi alfa tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas mempunyai daya pengionan yang tinggi sangat sensitive dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru. Radiasi beta pula dapat menembusi badan manusia tetapi tidak dapat menembusi lapisan kertas aluminium. Bagi radiasi gamma pula, radiasi ini juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya. Radiasai alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.

Radiasi tersebut secara tidak langsung telah mengganggu tumbesaran yang sihat kepada bayi dalam kandungannya. Bayinya yang sepatutnya mempunyai sepasang anggota kaki yang sihat mengalami perubahan genetik yang menyebabkan salah satu anggota kakinya tidak membesar seperti biasa. Namun, Adeline yang masih gigih bekerja demi masa depan anaknya itu tidak merasa apa-apa yang berlaku dalam kandungannya itu. Dia juga tidak mampu meluangkan masa untuk menjalani ‘check-up’ di hospital kerana terikat kepada kerjanya.

Setelah penat sehari bekerja di kilang, dia hanya sempat menjamu selera sekadar untuk mengisi perut sebelum bergegas ke tempat kerja seterusnya sebagai pelayang di sebuah restoran makanan laut pada sebelah malamnya. Pengorbanan Adeline ini sungguh mulia kerana dia tidak pernah mengenal jemu mahupun penat walaupun perutnya semakin membesar dari hari ke hari.

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?”, ujar Adeline kepada jururawat yang sedang bertugas. Dia baru sahaja melahirkan anaknya setelah sembilan bulan kandungan itu berada dalam perutnya. Hatinya berdebar-debar untuk melihat bayinya itu.

Tetapi malang tidak berbau. Jururawat menghulurkan bayi yang masih merah itu kepada Adeline. Adeline berasa sungguh terkejut apabila bayi yang dilahirkannya buta sebelah mata, kudung sebelah kaki. Dia merasa seolah-olah kecacatan ini merupakan hukuman yang harus diterimanya akibat kesilapan masa lalu. Dia menerima anaknya dengan hati yang rela dan berazam untuk membesarkan ananknya yang cacat itu dengan penuh kasih dan sayang oleh seorang ibu. Hal ini kerana, Adeline ingin memastikan bahawa anaknya akan membesar menjadi insan yang berjaya kelak.

Adeline menatap wajah bayinya yang masih merah itu tanpa menghiraukan titisan peluh yang masih penuh di mukanya kerana menggunakan banyak tenaga bagi melahirkan kandungannya itu. Dia senyum melihat wajah bayinya yang telah berada dalam perutnya selama sembilan bulan itu.

Dalam hatinya, Adeline berbisik “Jangan risau sayang, ibu akan memastikan kehidupan yang sempurna bagimu walau apa pun yang akan berlaku kelak, ibu berjanji”.

Kini, David sudah berusia 21 tahun. Dia menjalani kehidupannya seperti biasa walaupun kecacatan yang dialaminya dulu pernah mempengaruhi masa silamnya. David duduk termenung di kerusi pejabatnya sambil teringat peristiwa yang telah berlaku padanya semasa kecil. Perasaan cemburu melihat kanak-kanak lain yang sebayanya menjalani hidup dengan normal masih lagi segar dalam ingatannya. Tidak seperti dia yang hanya mempunyai satu mata dan sebelah kaki yang sempurnya. Dia sentiasa diejek dan dicaci oleh orang lain. Dalam hati kecilnya itu, David ingin sekali mengetahui mengapa dia dilahirkan buta dan kudung.

“Adakah kesilapan ibu yang menyebabkan aku jadi begini?”, bisiknya.

David pulang ke rumah diselubungi seribu satu persoalan mengapa dia dilahirkan begini? Siapa bapa kandungnya? Mengapakah dia tidak pernah mempunyai kesempatan memiliki sebuah keluarga bahagia? Dia benar-benar ingin tahu jawapan bagi persoalannya lalu dia mendapatkan ibunya yang sedang memasak di dapur.

“Ibu, mengapakah saya dilahirkan begini? Saya berasa malu terhadap diri saya kerana tidak sempurna dan tidak mempunyai seorang ayah. Mengapakah sehingga hari ini ayah tidak pernah datang menjenguk kita?”, soal David.

Setelah didesak dan ditekan beberapa kali, Adeline masih lagi berdiam diri. Dia tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menjawab persoalan anaknya itu. David semakin hilang sabar. Dia berkeputusan untuk keluar daripada rumah.

Adeline dalam dilemma. Dia tidak tahu sama ada mahu memberitahu perkara yang sebenar atau membiarkan anaknya pergi meninggalkannya. Tidak!!! Dia tidak sanggup unutk ditinggalkan anaknya setelah semua pengorbanannya selama ini. Dia lekas menggenggam tangan anaknya di muka pintu dan berkata,

“Memang semuanya salah ibu. Kau dilahirkan begini disebabkan oleh kesilapan masa lalu ibu. Ibu menyesal kerana terlalu mengikut hawa nafsu sehingga terlanjur pada suatu malam ketika baru sahaja mengakhirkan zaman persekolahan ibu. Ibu menyesal. Ibu dibuang keluarga. Namun, ibu tetap tidak mahu menggugurkan David kerana ibu sayang akan darah daging ibu!! Maafkan ibu, David”.

David masih tidak faham. Dia membiarkan ibunya terus berbicara.

“Semuanya kerana ibu sayangkan kau. Ibu tidak tipu. Ibu tak sanggup membunuh kau dalam kandungan ibu. Biarlah ibu mati daripada membiarkan hidup kau terseksa. Semasa melahirkan kau dan melihat kecacatan yang ada pada kandungan ibu, kau tidak dapat memahami betapa hampa dan sedih perasaan ibu kerana Tuhan telah membalas dosa ibu ke atas bayi ibu sendiri. Ibu tahu, ini semua balasan kesilapan ibu pada malam tersebut. Ibu tidak sanggup membiarkan kau di hospital begitu sahaja kerana ibu mahu menjadi seorang yang bertanggungjawab. Pagi malam ibu bekerja. Namun, kesilapan terbesar ibu adalah bekerja di kilang yang menghasilkan bahan radioaktif semata-mata ingin mendapatkan duit yang lebih untuk menyediakan kehidupan yang lebih sempurna bagi kau setelah kelahiran. Ibu tidak sedar bahawa bahan radioaktif telah mengubah genetik kau sehingga kau jadi begini. Ibu minta maaf, David”, kata Adeline dengan air mata yang mengalir tanpa henti.

David menyesal kerana telah berprasangka buruk terhadap ibunya sendiri. Mereka berpelukan dan David dapat merasakan kehangatan kasih sayang ibunya terhadap dirinya. Semenjak itu, David menganggap ibunya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya kerana tanpa Adeline, siapalah dirinya.