Saturday, November 6, 2010

Kegunaan Tenaga Nuklear

Pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6,3% tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis, dan Jepunmenggunakan 56,5% elektrik yang dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang beroperasi di 31 negara.

Amerika Syarikat menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan, sementara Perancis menghasilkan peratusan tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006. Di Kesatuan Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. Dasar tenaga nuklear berbeza antara negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland, tidak mempunyai stesyen tenaga nuklear aktif. Sebagai perbandingan, Perancis memiliki banyak loji nuklear, dengan 16 stesen pelbagai unit yang digunakan ketika ini.

Di AS, walaupun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85 bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.

Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal pemecah ais) menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong nuklear. Beberapa kenderaan angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-10A kepunyaan Amerika.

Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi tenaga nuklear seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran nuklear, dan kegunaan tambahan dalam proses pemanasan seperti pengeluaran hidrogen, penyulingan air laut, dan untuk digunakan dalam sistem pemanas di sesuatu daerah.

No comments:

Post a Comment