Saturday, January 1, 2011

Perubatan Nuklear

(Imej skan nuklear tulang seluruh badan)

Apakah itu perubatan nuklear?
Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan/radiologi yang menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit.

Mengapa satu skan perubatan nuklear dijalankan?
Pemeriksaan perubatan nuklear boleh dijalankan pada sebarang usia. Pemeriksaan jenis ini cukup berguna kerana memberi maklumat atas fungsi satu organ atau sistem yang khusus. Ini berbeza dengan pengimejan radiologi yang menyediakan maklumat mengenai anatomi sesuatu organ. Pemeriksaan nuklear dapat menunjukkan ketaknormalan paling awal di dalam satu penyakit sebelum masalah itu dapat dikesan dengan pemeriksaan jenis lain. Dalam sesetengah kes, pemeriksaan jenis perubatan nuklear mungkin adalah satu-satunya ujian yang akan dapat memberi maklumat sama ada satu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Antara beberapa sistem dalam badan yang perubatan nuklear dapat menilai fungsi termasuk jantung (untuk sakit dada atau akibat serangan jantung), hati, buah pinggang, tulang-tulang dan tiroid.

Apa yang berlaku dalam satu pemeriksaan atau skan perubatan nuklear?
Suatu bahan kimia, yang mengandungi sedikit bahan radioaktif, diberikan kepada pesakit sama ada dengan menyuntik ke dalam vena, meminumnya atau dengan menghidunya ke dalam paru-paru. Bahan-bahan kimia ini khusus dirumuskan supaya mereka tertumpu dalam organ atau sistem khusus. Setelah bahan ini masuk ke dalam badan, pesakit mungkin diminta untuk menunggu seketika sebelum prosedur bermula. Tempoh menunggu ini adalah perlu kerana bahan kimia tersebut akan memerlukan tempoh masa berlainan untuk 'berkumpul' dalam organ yang ingin diskan. Beberapa ujian mungkin juga menghendaki skan berganda yang diambil pada waktu-waktu yang berlainan.

Ujian tersebut dan waktu dijangka terlibat akan dijelaskan kepada pesakit oleh kakitangan perubatan nuklear sebelum peperiksaan. Dalam kebanyakan kes, persediaan khas tidak diperlukan. Doktor itu perlu diberitahu tentang semua ubat yang diambil oleh pesakit, atau jika pesakit mengandung. Umumnya perubatan nuklear tidak dinasihati bagi pesakit-pesakit hamil. Doktor itu juga harus diberitahu jika pesakit sedang menyusukan bayinya.

Pesakit akan diskan dengan satu pengimbas khas, yang akan dapat mengesan sinaran yang dipancar oleh bahan radioaktif dalam badan pesakit. Pengimbas khas ini adalah dipanggil kamera gamma. Semasa diimbas/skan, kamera akan ditempatkan rapat kepada bahagian badan yang sedang diperiksa dan sebilangan gambaran yang berlainan akan direkod. Komputer akan memproses imej yang diambil oleh kamera gamma. Hasil skan nuklear perlu dibanding dengan ujian-ujian diagnostik lain pesakit itu untuk mencapai diagnosis yang lebih tepat. Pakar perubatan nuklear kemudiannya akan menyediakan satu laporan mengenai penemuan pemeriksaan tersebut.

Apakah risiko pemeriksaan perubatan nuklear?
Tatacara perubatan nuklear cukup selamat kerana hanya sedikit bahan radioaktif adalah diperkenalkan ke dalam badan semasa prosedur diagnostik perubatan nuklear. Faedah-faedah awal dan diagnosis yang tepat jauh melebihi risiko menerima sedikit bahan radioaktif. Kebanyakan daripada bahan-bahan radioaktif disingkirkan dengan cepat (semula jadi melalui perkumuhan badan) dalam tempoh beberapa jam atau paling lama dalam beberapa hari. Meminum banyak air atau cecair selepas satu pemeriksaan akan membantu untuk menghapuskan bahan radioaktif dengan lebih cepat dari badan. Berbanding dengan ujian perubatan lain yang melibatkan radiasi, perubatan nuklear berbanding baik dengan kebanyakan ujian yang melibatkan X-ray. Kesan sampingan dari perubatan nuklear adalah sangat jarang.

Kegunaan terapeutik perubatan nuklear
Terapi (rawatan) yang menggunakan perubatan nuklear adalah satu cara berkesan, selamat dan agak murah untuk mengawal, dan dalam sesetengah kes menyingkir penyakit-penyakit tertentu seperti kelenjar tiroid terlalu aktif, kanser tiroid dan artritis. Pesakit-pesakit yang menjalani terapi perubatan nuklear selalunya akan diminta tinggal di hospital untuk beberapa hari.

Ini bukan kerana sebarang risiko kepada kesihatan pesakit tetapi kerana doktor-doktor hendak memastikan yang bahan-bahan radioaktif dalam badan pesakit dikumuhkan dari tubuh dengan selamat. Dalam kebanyakan kes, aktiviti-aktiviti harian pesakit tidak akan terjejas. Jika pesakit diperlukan untuk berhenti sementara pengambilan ubat, atau jika dos biasa ubat adalah berubah sebelum pemeriksaan, pesakit harus meminta jika dan bila pengambilan ubatnya boleh disambung semula. Kesan sampingan kecil seperti berasa mual atau bengkak kelenjar-kelenjar liur mungkin berlaku dalam rawatan perubatan nuklear.

No comments:

Post a Comment