Saturday, January 1, 2011

Model Pelata

Dalam fizik nuklear, model petala nuklear merupakan model bagi nukleus atom yang menggunakan prinsip Pauli untuk menerangkan struktur nukleus dalam bentuk aras tenaga. Model ini dibangunkan dalam tahun 1949 mengikut hasil kerja bebas oleh beberapa ahli fizik, antaranya Eugene Paul Wigner, Maria Goeppert-Mayer dan J. Hans D. Jensen, yang berkongsi Anugerah Nobel pada 1963 bagi sumbangan mereka.

Model petala merupakan sedikit analogi kepada model petala atom yang menerangkan susunan elektron dalam atom, dan petala yang terisi menentukan kestabilannya. Apabila kita menambah nukleon (proton atau neutron) ke dalam nukleus, terdapat takat tertentu apabila tenaga ikatan bagi nukleon seterusnya kurang dengan agak ketara berbanding yang sebelumnya. Pemerhatian ini, yang terdapatnya bilangan ajaib bagi nukleon: 2, 8, 20, 28, 50, 82, 126 adalah terikat dengan kuat berbanding nombor seterusnya yang lebih tinggi, merupakan asal-usul model petala.

Perhatikan bahawa petala itu wujud bagi setiap proton dan neutron, maka, apabila kita berkata tentang "nukleus ajaib" iaitu satu jenis nukleon berada dalam bilangan ajaib, dan "nukleus ajaib berganda", apabila kedua-duanya adalah ajaib. Bergantung kepada jenis pengisian petala, bilangan ajaib yang lebih tinggi adalah 126 dan, 184 bagi neutron tetapi hanya 114 bagi proton. Ini bersesuaian dengan pencarian yang dinamakan pulau kestabilan. Malah, terdapat juga penemuan bagi bilangan separa ajaib, terutamanya Z=40.

Untuk mendapatkan bilangan ini, model petala nukleus bermula dari keupayaan purata dengan bentuk antara perigi segi empat sama dan pengayun harmoni. Untuk keupayaan ini, sebutan petala spin yang relatif ditambah. Walaupun begitu, jumlah usikan tidak berkaitan dengan eksperimen, dan gandingan petala spin empirikal, dinamakan Sebutan Nilsson, harus ditambah dengan sekurang-kurangnya dua atau tiga nilai yang berbeza dengan pemalar gandingan, bergantung kepada nukleus yang dikaji.

Tidak kurang juga, bilangan ajaib bagi nukleon, begitu juga dengan ciri lain, boleh didapati dengan menganggarkan model dengan penghayun harmoni tiga matra bersama tindak balas spin-petala. Keupayaan yang lebih nyata tetapi rumit dikenali sebagai keupayaan Woods Saxon.


Model anggaran bagi kecacatan penghayun harmonik

Katakan ia adalah penghayun harmoni tiga matra. Ini akan akan memberikan, sebagai contoh, dalam dua aras pertama

aras nlmlms
0001/2
-1/2
1111/2
-1/2
01/2
-1/2
-11/2
-1/2

Kita boleh bayangkan kita berada dalam membina satu nukleus dengan menambahkan proton dan neutron. Kes ini akan sentiasa mengisi aras terendah yang mungkin. Maka, dua proton yang pertama akan mengisi aras sifar, enam proton yang seterusnya akan mengisi aras satu, dan seterusnya. Seperti juga elektron dan jadual berkala, proton yang berada di petala terluar mempunyai ikatan yang lemah dengan nukleus jika hanya terdapat beberapa proton sahaja di dalam petala, kerana mereka adalah yang terjauh dari pusat nukleus. Maka, nukleus yang memnpunyai petala proton terluar yang penuh akan mempunyai tenaga ikatan yang lebih tinggi berbanding nukleus lain yang mempunyai jumlah proton yang sama. Perkara ini adalah sama bagi neutron juga.

Ini bermakna, bilangan ajaib akan dijangka tercapai apabila semua petala terisi penuh. Kita lihat bagi dua bilangan pertama, kita ada 2 (aras 0 penuh) dan 8 (aras 0 dan 1 penuh), menurut eksperimen. Walau bagaimanapun, set lengkap bagi bilangan ajaib tidaklah menunjukkan sesuatu yang betul. Ia boleh dikira seperti berikut:

Dalam penghayun harmoni tiga matra, jumlah kedegeneratan bagi aras n adalah {(n+1)(n+2)\over 2}. Disebabkan oleh spin, kedegeneratan adalah digandakan dan menjadi (n + 1)(n + 2).
Maka, bilangan ajaib akan menjadi
{\sum_{n=0}}^k (n+1)(n+2) = {(k+1)(k+2)(k+3)\over 3}
bagi semua k. Ini memberikan bilangan ajaib berikut: 2,8,20,40,70,112..., yang setuju dengan eksperimen bagi tiga masukan pertama.

Secara khususnya, enam petala yang pertama adalah:

  • aras 0: 2 keadaan (l = 0) = 2.
  • aras 1: 6 keadaan (l = 1) = 6.
  • aras 2: 2 keadaan (l = 0) + 10 keadaan (l = 2) = 12.
  • aras 3: 6 keadaan (l = 1) + 14 keadaan (l = 3) = 20.
  • aras 4: 2 keadaan (l = 0) + 10 keadaan (l = 2) + 18 keadaan (l = 4) = 30.
  • aras 5: 6 keadaan (l = 1) + 14 keadaan (l = 3) + 22 keadaan (l = 5) = 42.

iaitu bagi setiap l terdapat 2l+1 nilai yang berbeza bagi ml dan 2 nilai bagi ms, lalu memberikan jumlah 4l+2 keadaan bagi aras tertentu.


Memasukkan kesan tindak balas spin-pelata

Kemudian kita masukkan tindak balas spin-petala. Mula sekali, kita harus nyatakan sistem melalui nombor kuantum j, mj dan pariti berbanding l, ml dan ms, seperti dalam atom ala hidrogen. Memandangkan setiap aras genap melibatkan hanya nilai genap bagi l, ia melibatkan hanya keadaan pariti genap (positif); Sama juga bagi setiap aras ganjil hanya melibatkan keadaan pariti ganjil (negatif). Maka, kita boleh abaikan pariti dalam mengira keadaan. Enam petala yang pertama, dinyatakan oleh nombor kuantum yang baru, adalah

  • aras 0 (n=0): 2 keadaan (j = 1/2). Pariti genap.
  • aras 1 (n=1): 4 keadaan (j = 3/2) + 2 keadaan (j = 1/2) = 6. Pariti ganjil.
  • aras 2 (n=2): 6 keadaan (j = 5/2) + 4 keadaan (j = 3/2) + 2 keadaan (j = 1/2) = 12. Pariti genap.
  • aras 3 (n=3): 8 keadaan (j = 7/2) + 6 keadaan (j = 5/2) + 4 keadaan (j = 3/2) + 2 keadaan (j = 1/2) = 20. Pariti ganjil.
  • aras 4 (n=4): 10 keadaan (j = 9/2) + 8 keadaan (j = 7/2) + 6 keadaan (j = 5/2) + 4 keadaan (j = 3/2) + 2 keadaan (j = 1/2) = 30. Pariti genap.
  • aras 5 (n=5): 12 keadaan (j = 11/2) + 10 states (j = 9/2) + 8 keadaan (j = 7/2) + 6 keadaan (j = 5/2) + 4 keadaan (j = 3/2) + 2 keadaan (j = 1/2) = 42. Pariti ganjil.

iaitu bagi setiap j terdapat 2j+1 keadaan berbeza dari nilai yang berbeza bagi mj.

Disebabkan tindak balas spin-petala, tenaga keadaan yang sama aras tetapi dengan j yang berbeza tidak akan sama lagi. Ini disebabkan dalam nombor kuantum asal, apabila \vec{s} selari dengan \vec{l}, tenaga tindakannya adalah negatif; dan dalam kes j = l + s = l + 1/2. Apabila \vec{s} adalah anti selari kepada \vec{l} (i.e. arah yang berlawanan), tenaga tindakannya adalah positif, dan dalam kes j = l - s = l - 1/2. Maka, kekuatan tindak balas itu alaha lebih kurang berkadaran dengan l.

Sebagai contoh, pertimbangkan keadaan di aras 4:

  • 10 keadaan dengan j = 9/2 datang dari l = 4 dan s selari dengan l. Maka, ia mempunyai tenaga tindak balas spin-petala negatif.
  • 8 keadaan dengan j = 7/2 datang dari l = 4 dan s anti-selari dengan l. Maka, ia mempunyai tenaga tindak balas spin-petala positif.
  • 6 keadaan dengan j = 5/2 datang dari l = 2 dan s selari dengan l. Maka, ia mempunyai tenaga tindak balas spin-petala negatif. Walau bagaimanapun, magnitudnya adalah separuh berbanding keadaan dengan j = 9/2.
  • 4 keadaan dengan j = 3/2 datang dari l = 2 dan s anti-selari dengan l. Maka, ia mempunyai tenaga tindak balas spin-petala positif. Walau bagaimanapun, magnitudnya adalah separuh berbanding keadaan dengan j = 7/2.
  • 2 keadaan dengan j = 1/2 datang dari l = 0 dan mempunyai tenaga tindak balas spin-petala sifar.

Fizik Nuklear

Fizik nuklear ialah cabang fizik yang berkaitan dengan nukleus atom. Cabang ini terdiri daripada tiga aspek yang utama:

  • mengkaji zarah-zarah asas (proton dan neutron) dan saling-saling tindaknya;
  • mengelaskan dan menafsirkan sifat-sifat nukleus; dan
  • membekalkan kemajuan-kemajuan teknologi.

Teori nukleus tidak dapat difahami dengan tepat disebabkan nukleus terdiri daripada banyak zarah (meson, serta proton dan neutron) yang tidak cukup besar untuk diperihalkan secara berkala, sebagaimana dengan kristal. Oleh itu, "model-model nuklear", baik secara berasingan mahupun secara bergabung, yang dapat menghuraikan kebanyakan tindakan nuklear telah digunakan. Tiga daripada empat jenis daya asas memainkan peranan yang penting dalam nukleus, iaitu daya nuklear kuat, keelektromagnetan, dan pada skala masa yang lebih panjang,daya nuklear lemah.

Nukleus disatukan oleh tindakan-tindakan bersaling kuat (kebanyakannya melalui pertukaran pion), tetapi penolakan elektromagnet bagi proton bercas positif cenderung memecahkannya, menurut hukum Coulomb. Semua nukleus yang stabil mempunyai berat atom yang sama dengan nisbah tenaga antara proton dan neutron yang hampir terendah. Nukleus-nukleus yang mempunyai berat atom yang cukup dekat dengan nisbah terendah ini supaya dapat diikat tetapi tidak cukup dekat untuk menjadi stabil, akan membebaskan elektron atau positron (reputan beta) ataupun menyerap elektron (dan membebaskan neutrino) supaya dapat menjadi lebih dekat dengan nisbah itu. Dalam keadaan inilah bahawa tindakan-tindakan bersaling lemah memainkan peranannya. Nukleus-nukleus yang terlalu besar untuk menjadi stabil akan dipecahkan oleh penolakan coulomb terhadap proton-protonnya melalui pembelahan ataupun melalui pembebasan zarah-zarah alfa.

Walaupun bilangan aras tenaga adalah terhingga, sebagaimana dengan fungsi-fungsi gelombang elektron bagi atom, kebanyakan nukleus yang stabil atau hampir stabil mempunyai banyak aras terikat. Ini biasa akan mereput ke arah keadaan asas melalui pemancaran foton-foton sinaran gamma.

Proton dan neutron adalah fermion, dengan nilai nombor kuantum isospin yang berbeza supaya dua biji proton dan dua biji neutron dapat berkongsi fungsi gelombang ruang yang sama. Untuk kes jarang mengenai hipernukleus, barion ketiga yang digelarkan hiperon dan yang mempunyai nilai nombor kuantum keanehan boleh juga berkongsi fungsi gelombang.

Tenaga-tenaga terikat untuk proton dan neutron adalah pada peringkat 1% daripada jisim rehat kerelatifannya. Oleh itu, mekanik kuantum bukan kerelatifan boleh digunakan dengan ralat yang biasanya adalah lebih kecil berbanding dengan penghampiran-penghampiran yang lain.

Sering kalinya, ahli-ahli fizik nuklear akan menggunakan unit nuklear, dengan ħ, c, dan jisim proton, mp, diberikan nilai satu.


SEJARAH

Setelah ahli-ahli kimia telah menerangkan:

  • unsur-unsur kimia;
  • peraturan-peraturan yang menguasai penggabungan unsur-unsur kimia;
  • pengelasan unsur-unsur kimia yang teratur (jadual berkala Mendeleev);

pada abad ke-18, dan John Dalton telah mempergunakan idea atom Democritus untuk unsur-unsur kimia itu pada tahun 1803, langkah kemudian adalah untuk mengkaji sifat-sifat asas atom bagi unsur-unsur kimia itu. Aktiviti ini kini digolongkan dalam fizik atom.

Disebabkan oleh kajian-kajian tersebut, Becquerel telah menemui keradioaktifan untuk beberapa spesies atom pada tahun 1896, dan pasangan Curie telah mengenal pasti lagi beberapa bahan radioaktif pada tahun 1898. Ernest Rutherford kemudian mengkaji sinaran dan sifat-sifatnya. Ketika Rutherford mencapai pemahaman terhadap sifat keradioaktifan, beliau mempergunakan zarah-zarah tersinar untuk mengkaji atom-atom pada dirinya. Semasa itu, Rutherford mencadangkan kewujudan nukleus atom pada tahun tahun 1911. Pengenalpastian cadangan Rutherford melalui uji-uji kaji Geiger dan Marsden telah membentuk fizik nuklear, satu cabang sains yang baru.

Penyelidikan sifat-sifat nukleus telah diteruskan sejak masa Rutherford sehingga kini. Pada dekad 1940-an dan 1950-an, lagi satu peringkat struktur yang lebih asas daripada nukleus telah ditemui. Peringkat ini terdiri daripada proton-proton dan neutron-neutron. Oleh itu, fizik nuklear boleh dianggap sebagai keturunan kimia dan fizik atom, serta leluhur fizik zarah.

Uji-uji kaji nukleus terus menyumbang kepada pemahaman saling-saling tindak yang asas. Penyelidikan sifat-sifat nuklear dan hukum-hukum yang menguasai struktur nukleus adalah satu bidang penyelidikan yang aktif dan berhasil, dengan kegunaan praktik, seperti kuasa nuklear, pengesan asap, perentak kardium, dan peranti-peranti pengimejan perubatan, menjadi amat biasa.



Perubatan Nuklear

(Imej skan nuklear tulang seluruh badan)

Apakah itu perubatan nuklear?
Perubatan nuklear adalah satu pengkhususan bidang perubatan/radiologi yang menggunakan bahan radioaktif di dalam badan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit.

Mengapa satu skan perubatan nuklear dijalankan?
Pemeriksaan perubatan nuklear boleh dijalankan pada sebarang usia. Pemeriksaan jenis ini cukup berguna kerana memberi maklumat atas fungsi satu organ atau sistem yang khusus. Ini berbeza dengan pengimejan radiologi yang menyediakan maklumat mengenai anatomi sesuatu organ. Pemeriksaan nuklear dapat menunjukkan ketaknormalan paling awal di dalam satu penyakit sebelum masalah itu dapat dikesan dengan pemeriksaan jenis lain. Dalam sesetengah kes, pemeriksaan jenis perubatan nuklear mungkin adalah satu-satunya ujian yang akan dapat memberi maklumat sama ada satu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Antara beberapa sistem dalam badan yang perubatan nuklear dapat menilai fungsi termasuk jantung (untuk sakit dada atau akibat serangan jantung), hati, buah pinggang, tulang-tulang dan tiroid.

Apa yang berlaku dalam satu pemeriksaan atau skan perubatan nuklear?
Suatu bahan kimia, yang mengandungi sedikit bahan radioaktif, diberikan kepada pesakit sama ada dengan menyuntik ke dalam vena, meminumnya atau dengan menghidunya ke dalam paru-paru. Bahan-bahan kimia ini khusus dirumuskan supaya mereka tertumpu dalam organ atau sistem khusus. Setelah bahan ini masuk ke dalam badan, pesakit mungkin diminta untuk menunggu seketika sebelum prosedur bermula. Tempoh menunggu ini adalah perlu kerana bahan kimia tersebut akan memerlukan tempoh masa berlainan untuk 'berkumpul' dalam organ yang ingin diskan. Beberapa ujian mungkin juga menghendaki skan berganda yang diambil pada waktu-waktu yang berlainan.

Ujian tersebut dan waktu dijangka terlibat akan dijelaskan kepada pesakit oleh kakitangan perubatan nuklear sebelum peperiksaan. Dalam kebanyakan kes, persediaan khas tidak diperlukan. Doktor itu perlu diberitahu tentang semua ubat yang diambil oleh pesakit, atau jika pesakit mengandung. Umumnya perubatan nuklear tidak dinasihati bagi pesakit-pesakit hamil. Doktor itu juga harus diberitahu jika pesakit sedang menyusukan bayinya.

Pesakit akan diskan dengan satu pengimbas khas, yang akan dapat mengesan sinaran yang dipancar oleh bahan radioaktif dalam badan pesakit. Pengimbas khas ini adalah dipanggil kamera gamma. Semasa diimbas/skan, kamera akan ditempatkan rapat kepada bahagian badan yang sedang diperiksa dan sebilangan gambaran yang berlainan akan direkod. Komputer akan memproses imej yang diambil oleh kamera gamma. Hasil skan nuklear perlu dibanding dengan ujian-ujian diagnostik lain pesakit itu untuk mencapai diagnosis yang lebih tepat. Pakar perubatan nuklear kemudiannya akan menyediakan satu laporan mengenai penemuan pemeriksaan tersebut.

Apakah risiko pemeriksaan perubatan nuklear?
Tatacara perubatan nuklear cukup selamat kerana hanya sedikit bahan radioaktif adalah diperkenalkan ke dalam badan semasa prosedur diagnostik perubatan nuklear. Faedah-faedah awal dan diagnosis yang tepat jauh melebihi risiko menerima sedikit bahan radioaktif. Kebanyakan daripada bahan-bahan radioaktif disingkirkan dengan cepat (semula jadi melalui perkumuhan badan) dalam tempoh beberapa jam atau paling lama dalam beberapa hari. Meminum banyak air atau cecair selepas satu pemeriksaan akan membantu untuk menghapuskan bahan radioaktif dengan lebih cepat dari badan. Berbanding dengan ujian perubatan lain yang melibatkan radiasi, perubatan nuklear berbanding baik dengan kebanyakan ujian yang melibatkan X-ray. Kesan sampingan dari perubatan nuklear adalah sangat jarang.

Kegunaan terapeutik perubatan nuklear
Terapi (rawatan) yang menggunakan perubatan nuklear adalah satu cara berkesan, selamat dan agak murah untuk mengawal, dan dalam sesetengah kes menyingkir penyakit-penyakit tertentu seperti kelenjar tiroid terlalu aktif, kanser tiroid dan artritis. Pesakit-pesakit yang menjalani terapi perubatan nuklear selalunya akan diminta tinggal di hospital untuk beberapa hari.

Ini bukan kerana sebarang risiko kepada kesihatan pesakit tetapi kerana doktor-doktor hendak memastikan yang bahan-bahan radioaktif dalam badan pesakit dikumuhkan dari tubuh dengan selamat. Dalam kebanyakan kes, aktiviti-aktiviti harian pesakit tidak akan terjejas. Jika pesakit diperlukan untuk berhenti sementara pengambilan ubat, atau jika dos biasa ubat adalah berubah sebelum pemeriksaan, pesakit harus meminta jika dan bila pengambilan ubatnya boleh disambung semula. Kesan sampingan kecil seperti berasa mual atau bengkak kelenjar-kelenjar liur mungkin berlaku dalam rawatan perubatan nuklear.